Thursday, December 29, 2011

PEMBAYARAN YURAN SEKOLAH 2012 SEKOLAH RENDAH AGAMA KUALA KUBU BHARU



Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.
2.      Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa Pembayaran Yuran Sekolah 2012 pada:-
Tarikh     :        03 - 05 Januari, 2012
Hari        :        Selasa hingga Khamis
Masa       :        9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat   :        Dewan Ar-Raihan
   SRA Kuala Kubu Bharu
3.          Tuan/Puan boleh mendapatkan senarai pada pautan berikut:-

4.         Ibubapa tidak dibenarkan membuat pembayaran pada waktu persekolahan sesi petang kerana akan menganggu sesi pembelajaran dan hendaklah berurusan pada masa yang telah ditetapkan.
                 
       Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Friday, August 12, 2011

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PSRA SRA KKB










S

abtu, 30 Julai 2011, bertempat di Dewan Besar SRA Kuala Kubu Bharu. Satu program yang telah dirancang oleh warga SRA Kuala Kubu Bharu khusus bagi pelajar PSRA sesi 2011 berjaya dilaksanakan. Kursus yang dijalankan dihadiri oleh 105 orang pelajar daripada 135 orang keseluruhan calon yang akan mengambil PSRA bagi tahun 2011.

Penceramah yang telah dijemput ialah Ustaz Azhari Sulaiman. Pelbagai resepi-resepi bagi menghasilkan mutu PSRA yang baik telah disampaikan, terpulanglah kepada para pelajar untuk menggapainya.

Mudah-mudahan, berkat usaha dan perancangan yang direalisasikan akan memberikan impak yang besar khususnya kepasa keputusan PSRA bagi tahun ini.



Sunday, July 3, 2011

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PESERTA KAMIL DARI SRA KKB

Pada 19 Jun 2011, bertempat di SRA Bandar Baru Batang Kali, warga SRA Kuala Kubu Bharu, dengan usaha gigih daripada peserta, ibu bapa dan guru-guru telah memenangi 4 acara dengan masing-masing  mendapat tempat Johan.


1. Mohamad Nadzmi bin Yusri ..Johan Acara Tilawah Lelaki 
2. Mohd Zulkarnain ......................Johan Acara Pidato 
3. Rakha Saa'dah ......................... Johan Hafazan Tafsiran
4. Norul Nasuha ............................Johan Tilawah Perempuan 

Dengan kemenangan Johan bagi keempat acara tersebut menempatkan SRA Kuala Kubu Bharu mendapat Piala Pusingan bagi mata terkumpul yang terbanyak.


Pada 1 dan 2 Julai 2011, bertempat di SRA    Sabak Bernam, 2 orang wira dan 2 wirawati dari SRA Kuala Kubu Bharu mencuba sedaya upaya meneruskan perjuan diperingkat Negeri tersebut. 2 peserta lelaki berjaya mengharumkan nama di sana. Masing-masing mendapat tempat seperti berikut:

1. Peserta Tilawah Lelaki mendapat tempat Johan
2. Peserta Pidato Lelaki mendapat tempat Kedua
3. Peserta Hafazan Tafsiran Perempuan mendapat saguhati
4. Peserta Tilawah Perempuan mendapat saguhati

Syabas, tahniah dan Jazakumullahu Khairon Kathiro diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya kepada peserta yang berjaya.

Saturday, July 2, 2011

SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PEMBINAAN SUSUR GAJAH SRA KUALA KUBU BHARU


Pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SRA Kuala Kubu Bharu sedang merancang untuk membina susur gajah untuk kemudahan pelajar terutama sekali diwaktu hujan. Kos pembinaan susur gajah tersebut bernilai RM50 000.00.
Orang perseorngan dan agensi swasta dijemput untuk menghulurkan sumbangan kewangan bagi tujuan tersebut.
Sumbangan boleh dihulurkan melalui:
Ustazah Nadzula bt Ahmad.......Penasihat PIBG...........Tel : 0132517834
En.Rusmi Bin Minnhat..............Yang Di-Pertua PIBG...Tel : 0122443600
Ustazah Suhaida bt Abd Jalil.....Setiausaha PIBG...........Tel : 0193889238
Ustazah Rohijah bt Rahim........Bendahari PIBG............Tel : 0193203871

Sila klik pautan Surat di bawah untuk makluman lebih lanjut.

Friday, June 3, 2011

Selamat Bercuti

HARI GURU SRA MERIAH DALAM HUJAN...

16 Mei 2011,  Tarikh keramat bagi semua guru di Malaysia, tidak terkecuali guru-guru di SRA Kuala Kubu Bharu. Murid dan AJK PIBG turut sama meraikannya bersama-sama guru yang berkhidmat di sini. Bermula jam 3.00 petang acara dimulakan dengan doa, ucapan Aluan Guru Besar, ikrar dan nyanyian guru Malaysia seterusnya persembahan murid. 

        Semua guru diberi penghargaan, dan terdapat tiga kategori anugerah khas diberikan, anugerah ketua guru cemerlang yang disandang oleh Ustazah Rohijah Binti Rahim, anugerah guru harapan pula disandang oleh Ustazah Farha Binti Arbain dan anugerah jasamu dikenang yang menjadi miliki Ustazah Salamiah Binti Alif.

       Dikesempatan ini pihak pentadbir sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP dan AJK PIBG yang bertungkus lumus turut menjayakan program tersebut. Kepada semua guru diucapkan SELAMAT HARI GURU.... SEMOGA ALLAH MERAHMATI ANDA SEKALIAN.......






Tuesday, May 3, 2011

Program membasmi Aedes dan Keceriaan Sekolah SRA KKB 2011

9 April 2011, Ahli PIBG, ibu bapa dan kakitangan sekolah bersama-sama menjayakan Program membasmi Aedes dan Keceriaan Sekolah SRA KKB 2011. Aktiviti ini merupakan program yang julung kali diadakan bagi mengatasi masalah pembiakan nyamuk aedes. Selain itu, aktiviti menceriakan sekolah diambil kira sebagai agenda langsung yang memberi kesinambungan ke atas program tersebut. Pihak sekolah dan AJK PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.


Sebahagian guru yang membersihkan pasu-pasu yang ada di sekitar sekolah.



Kerja-kerja Pembersihan kawasan yang banyak menggunakan tenaga mengikut tugas yang ditentukan.

Menghilangkan lapar dan dahaga selepas letih melakukan kerja-kerja yang ditugaskan.



Mesyuarat Agong PIBG 2011 Penuhi Agenda

26 Februari 2011, Mesyurat Agong PIBG SRA KKB 2011 mendapat sambutan yang baik dari kalangan ibu bapa pelajar. Kira-kira 223 orang ahli PIBG yang menjayakan mesyuarat kali ini. Apa yang membanggakan pihak sekolah, kutipan sebanyak RM 2,000.00 berjaya dikutip khusus untuk pembinaan susur gajah. Kepada yang menyumbang diucapkan berbanyak terima kasih.

Ustazah Nadzulah Binti Ahmad Guru Besar SRA KKB menyampaikan ucapan alu-aluan.

Wajah-wajah AJK PIBG mentadbir Persatuan pada tahun 2010 hingga 2011


Wajah-wajah baru dan lama bersama dengan penuh semangat ingin menyumbangkan khidmat bagi sesi 2011 hingga 2012

Ahli PIBG SRA KKB yang turut hadir menjayakan mesyuarat agong tersebut.


Wednesday, February 23, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SRA KKB 2011

Gambar Hiasan

Assalamualaikum w.b.t. Makluman untuk semua Warga SRA Kuala Kubu Bharu dan Ibu  Bapa Pelajar SRA KKB, mesyuarat agung PIBG akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh   : 26 Februari 2011
Hari      : Sabtu
Masa    : 9:00 pagi
Tempat : Dewan Ar-Raihan

Sebarang kemusykilan sila ajukan pada Setiausaha PIBG Sesi 2010-2011 Ustazah Hasnida Binti Sarip di talian 03-6064 3130 / 013-3308126

Sunday, February 6, 2011

12 Barisan di Akhirat

Posted on September 27, 2010 under Islam by wizvax
  • 0di
Gambar Hiasan

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
 
BARISAN PERTAMA


Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

KURSUS YANG BERLANGSUNG 1-2 FEBRUARI 2011

Gotong Royong PERDANA


Assalamualaikum w.b.t,

Bagi mengatasi dan membasmi wabak denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes, pihak sekolah bersama PIBG bersetuju untuk mengadakan gotong royong PERDANA pada ketentuan berikut:

Tarikh    : 26 Mac 2011
Hari       : Sabtu
Masa     : 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari

Nota     : Sila bawa alatan yang bersesuaian


(Tarikh dan Waktu tertakluk kepada perubahan)

KURSUS PENGAWAS SEKOLAH

 Gambar Hiasan

Kursus Intensif bagi Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Kelas akan berlangsung pada ketentuan seperti berikut:

Tarikh   :    11.02.2011
Hari      :     Jumaat
Masa    :     2:45ptg hingga 5:00ptg

Segala persoalan, sila rujuk kepada GPK HEM Sra KKB.